click clack here > > >

Monday, December 16, 2013

Beza Minyak Wangi ~EDP,EDT dan Cologne

Perbezaan Antara Parfum, EDP, EDT, EDC ?


1) Parfum
Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain.

2) Eau De Parfum (EDP)
EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi ada juga perfume jenis EDP yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Wangian jenis ini sesuai diguna pakai oleh wanita dan dipakai untuk ke majlis formal atau makan malam.

3) Eau De Toilette (EDT)
Ia adalah wangian yang lebih lembut, dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%, yang mana ianya lebih sesuai dipakai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat. Selalunya harga adalah lebih murah berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan.

4) Eau De Cologne (EDC)
EDC selalunya dipanggil Cologne dan mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan. Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam.

Nak beli perfume murah??? Lebih murah dari pasaran dan yang penting ia 100% ORIGINAL... boleh tekan link ni...http://babydeboom.blogspot.com/p/b-shoppe.html

No comments:

Post a Comment